Pages

Friday, February 3, 2017

Day 1 - Mira Ke Korea (BUSAN)

Dah lebih 3 bulan balik dari Korea tapi memang langsung takde masa nak share itinerary even gambar kat Instagram pun ada beberapa je. Sekarang baru sempat nak share trip 6H5M Busan-Seoul-Busan haritu. Hopefully this entry will be helpful to anyone yang plan nak ke negara Running Man tu.

Supposedly ada dalam 5 orang gitu yang join trip ni, tapi macam biasalah kita cuma merancang. At the end cuma pergi berdua je, me & Suraya. Itu pun hampir tak jadi jugak sebab Sue tengah internship & hampir tak dapat cuti from HR. I was in the middle of clinical practice masa tu so it was really hectic. Tapi mengenangkan dah beratus habis untuk tiket flight and accomodation kat sana, we just can't afford to cancel. Finally on 31st August, masa orang lain sambut merdeka kat Malaysia, kitorang tengah dalam flight ke Busan, Korea.

Busan from above
Our flight departed at 1am from KLIA 2 and sampai di Gimhae International Airport pukul 8.45 pagi. 
Lepas settle kat immigration terus cari toilet untuk refreshed ourselves. Kalau pergi Korea, jangan lupa sediakan satu botol air kosong khas untuk ke toilet sebab dalam toilet takde getah paip macam kat Malaysia. So tadah air siap siap kat sinki luar then bolehla korang melangsungkan hajat.

Benda first kena buat sebelum start explore Busan ialah reload T-Money dulu dekat 7-Eleven di airport sebab unlike Seoul, tak semua train station kat Busan ada reload machine. Reload dalam ₩30 000 untuk kegunaan train dan bas sekali. Dekat Busan memang lagi banyak naik bas daripada train. Untuk keselamatan, setiap kali naik bas make sure tanya driver dulu betul ke tu bas untuk ke tempat yang nak dituju. Kalau tak tanya memang ada potensi nak sesat lah. Alang-alang dah dekat 7E tu jangan lupa beli makanan untuk alas perut. Susu pisang tu wajib hehe.



Dari Gimhae International Airport, kitorang bergerak ke Busan Station. Tapi dari airport kena transit ke Sasang Station dulu so naik Busan Gimhae Light Rail Transit dan turun di Sasang Station. Dari Sasang Station naik another train pulak untuk ke Busan Station.
Keluar je dari airport, lintas jalan, ambik kanan, jalan kaki sampai ke station. Naik train dan turun di Sasang Station.
Dari Sasang Station (transfer line at Saemyeon), take metro Line 1 to Busan Station.
Outside of Busan Station
Busan Station ni kalau kat Malaysia lebih kurang macam KL Sentral la. Kat sini boleh beli tiket nak ke Seoul nanti. Tapi benda first kitorang buat lepas sampai Busan Station ialah cari locker storage untuk simpan backpack. Kitorang takde prepare accomodation kat Busan sebab malam tu nak ke Seoul dah.

Untuk locker storage ni ada banyak range harga ikut size. Kitorang share satu locker berdua harga ₩6000. Nak bayar sewa locker ni boleh guna cash atau T-Money and instead of bagi kad/kunci, dia guna fingerprint untuk buka locker so takde la risau kunci hilang. 

Dah selamat simpan beg dalam locker, kitorang beli tiket ke Seoul pulak. Ada few trains yang ke Seoul, bas pun ada. Kalau nak yang laju boleh naik KTX tapi mahal lah. Kitorang naik Mugunghwa Train sebab paling murah & last train of the day dia paling lewat sekali. Harga one way ticket dari Busan-Seoul ₩28 600. Kitorang beli sekali tiket Seoul-Busan sebab nanti flight balik Malaysia pun dari Busan jugak.

Lepas settle beg dan ticket baru la boleh start aktiviti menjelajah Busan. Our first destination was Taejongdae Park.
Go to the bus stop OPPOSITE to Busan Station, ride Bus No. 88 or 101. From Busan Station to Taejongdae Park around 40 minutes. Take off at Taejongdae Elementary School.Keluar dari Busan Station kena melintas jalan dulu. Kitorang hampir silap naik bas sebab tunggu di bus stop betul betul depan Busan Station tu.
The trademarks of Taejongdae Park
180 degree view
You can't unlove this place.

                          
                                   The water is so blue!

Such a windy day, just look at my scarf.
We had to be really careful while walking on the rocks.
Open view towards the sea.


Taejongdae Park antara tempat rekreasi yang terkenal di Busan & kalau ikut dalam guide book, this is the only beach that offers open view towards the sea. Ramai local yang pergi sini untuk bersiar-siar dan hiking. Kitorang naik Danubi Train je :D

Ride Danubi Train ₩2000.
Lebih kurang pukul 1 kitorang bergerak ke destinasi kedua, Gamcheon Cultural Village. Dari Taejongdae Elementary School tadi, naik bas ke Busan Station lepas tu naik train ke Toseong Station.

Take Bus No. 8 or 30 to Busan Station. From Busan Station, take subway to Toseong Station.At Toseong Station, take Exit 6, turn right then walk to Pusan National University Hospital (Busan Medical Centre). From there, take bus No. 2 or 2.2




Gamcheon Cultural Village ni juga dikenali sebagai Korean Santorini sebab rumah-rumah kat sini berwarna warni. Sepanjang lorong di perkampungan ni dihiasi dengan mural dan seni-seni lain tapi disebabkan banyak lorong, it is very advisable untuk korang beli map or snap gambar peta dekat entrance siap siap so tak sesat nak cari jalan keluar nanti. Kitorang beli je map tu ₩2000 sebab korang boleh dapatkan cop dekat specific places and boleh redeem 2 postcards nanti :D



 Jangan lupa tengok view from rooftop. Memang breathtaking gila weh. One of the most recommended place for rooftop view is at Haneul Maru.

180 degree view on Haneul Maru






Since perkampungan ni memang didiami penduduk, operation hours di Gamcheon Cultural Village is limited until 6pm only. Even dekat map pun ada reminder untuk tidak membuat bising & jangan invade privacy penduduk kat sini.


Pemandangan biasa di kawasan luar bandar di Korea. Not only chilli, also got many other fresh vegetables sold like this.

Habis explore Gamcheon, kitorang pun bergerak ke BIFF Square.
At Gamcheon, wait for bus in front of Gamcheon Elementary School. Take bus No. 2 or 2.2 and take off at Jagalchi Market.
BIFF stands for Busan International Film Festival tapi masa kitorang pergi rasa macam jalan kat Jalan Tar je. Kat sini lah nak merasa macam-macam jenis street food. My favorite one is Hotteok, a sweet Korean pancake stuffed with seeds. Selain tu korang boleh try fish cake, egg bun & anything yang tak ada meat (if you're a Muslim). Dekat Busan susah sikit nak cari makanan halal so kat BIFF Square ni la kena makan puas-puas sebab banyak pilihan. (Gotta write a special post only for the foods!)


Hotteok
Dah jalan jauh jangan lupa solat pulak ye. Kitorang solat jamak Zuhur-Asar dekat dalam fitting room Uniqlo. Lepas tu sambung jalan jalan di BIFF Square. Memang meriah night life kat sini. Busking pun ada. Dekat BIFF Square ni pun ada jugak kedai-kedai skincare macam di Myeongdong so nak shopping kat sini pun boleh.



Jangan lupa visit Lotte Mall, mall yang besar dan famous di Korea. Kitorang masuk sebab nak solat jamak Maghrib-Isyak sebelum bertolak balik ke Busan Station.
From BIFF Square, walk to Jagalchi Station, take Metro Line 1 to Busan Station.
Mugunghwa Train yang terakhir dari Busan-Seoul pukul 11.27 malam (pilih time masa beli tiket). Make sure you arrange your time wisely sebab transport kat Korea memang ikut masa yang sepatutnya. Naik je train terus tidur sebab dari flight touched down langsung tak rehat. So that's how we spent our day 1 at Busan, Korea. Will write about day 2 in next post!

1 comment:

  1. Sis i baca u simpan backpack dlm locker kt busan tu,kt mana ea sis? Kt station kew atau ade tmpt khas locker? I nk fly oct ni and xtaw mana nk cari locker kt busan. Thanks 😊

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com