Pages

Monday, February 20, 2017

Day 3: Mira Ke Korea (SEOUL)

Day 3, ready to explore Nami Island. The tall house at the back was our guest house.
Hari ketiga ni kami keluar awal sebab Pulau Nami jauh dan mengambil masa yang agak lama nak sampai. Sebelum keluar, kitorang dah breakfast heavy meal & prepare food yang nak dibawak sekali ke Nami Island. Dekat Nami Island tu ada je restoran halal tapi nak save bajet kitorang bawak je makanan sendiri :)

Daripada Gajwa Station, we ride train sampai ke Mangu Station (52 mins), then transfer to Sinnae route to Gapyeong (47 mins). Ni sebenarnya longer route, for shorter alternative boleh naik ITX dari Yongsan Station. Walaupun lama, I had fun along this ride sebab boleh tengok transition daripada bandar ke rural area. For example dari segi fashion, boleh nampak perbezaan style penduduk di Seoul dan rural area (ke arah Gapyeong). Bila dah nak dekat Gapyeong kebanyakan orang yang naik train dah pakai outfit yang lebih relax & casual berbanding di Seoul yang lebih uptight & stylish gitu. Ada jugak peniaga yang masuk dalam train jual tikar, topi untuk picnic.

Gapyeong Station
Dah sampai Gapyeong, kitorang beli makanan untuk makan di Nami Island nanti. Kitorang dah bawak sambal bilis dari Malaysia, so beli nasi & telur rebus, jadi lah nasi lemak. We also grab a cup of coffee sebab ngantuk sangat naik train lama tadi.

Untuk ke Namison (Nami Island Bus Station), kitorang naik Gapyeong City Tour Bus ₩5000. If you have the chance, please please pergi naik Gapyeong Rail Bike because my friend who lived there say it has a great view along the way! Kitorang tak pergi sebab dah balik baru dia bagitau.....

Ferry ride
Dari Namison kitorang naik ferry untuk ke Nami Island (10 mins). Untuk masuk ke Nami Island ni kena bayar visa harga ₩8000. Since Nami Island ni is a republic so currency kat sini pun dah lain dari won. Dekat Nami Island ada diorang punya bank and money changer in case korang nak beli anything kat sana.


Ni lah nasi lemak yang dimaksudkan hehe 


Naminara Republic Central Bank



Dekat Nami Island ni memang ramai gila Malaysian sampai boleh terserempak dengan high school senior. For me & Sue, Nami Island ni macam overrated haha. Good for photos, but we do enjoy Taejongdae Park even more (hati dah melekat di Busan).

But the best part is dekat Nami Island ada surau! Jakun kau dah lama tak solat dekat surau kan, asyik kena solat curi curi dalam fitting room je haha. Surau dia ada kat Kids Library, 2nd floor.





Lepas solat jamak Zuhur & Asar, kitorang roam around kejap before balik semula ke Gapyeong. Ikut plan asal nak ke Garden of Morning Calm tapi sebab dekat Nami Island pun dah rasa boring (sorry!), kitorang terus ke plan seterusnya, Cheonggyecheon Stream.
Ride Gapyeong City Tour Bus to Gapyeong Station.
Go to Jongno 3 (sam)-ga Station Line 1,3 & 5
OR
Dongdaemun Station Line 1 & 4.

Nama pun stream so memang panjang area ni so ikut korang lah jumpa yang mana. Basically stream ni sebenarnya area bawah jambatan yang biasanya kat Malaysia banyak sampah or jadi sarang mat gian. Biasanya, bukan semua. Tapi dekat Seoul, stream ni dijadikan tempat rekreasi especially waktu summer. Diorang akan rendam kaki & berehat kat sini. Kalau ikut dalam buku supposedly sepanjang stream ni ada various performance and events tapi musim lain kot. Masa kitorang pergi takde pun #badluckmira.



Bandar Seoul ni memang ramai penduduk dan disebabkan kepadatan ni lah yang membuatkan semua tempat di-utilise sepenuhnya sampai area bawah jambatan pun boleh jadi tempat rekreasi.

Lepas  Cheonggyecheon Stream, kitorang terus ke Ewha Womans University.
Take train to Ewha Womans University, Line 2. Take Exit 2,3.
Design universiti ni cantik kalau korang pergi waktu siang, dah malam ni orang datang untuk shopping je. This place is clothes, accessories and beauty parlors heaven. Nama pun perempuan kan :)

Lepas pusing pusing situ, kitorang balik semula ke Gajwa untuk ke guest house. Kena balik awal sebab last train ke Gajwa pukul 11. Ni antara downside duduk dekat pinggiran bandar-- kena balik awal.


That summed up our day 3 at Korea. Rasa macam ada curfew tapi instead of mak pak tak bagi balik lewat, ni train schedule yang suruh balik rumah cepat. So kalau korang memang gila shopping (macam Sue) sila duduk guest house/hostel/hotel area Myeongdong okay. Don't forget to read our day 4- the best day of our whole trip!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com