Ni hari terakhir kitorang kat Seoul so pagi tu kitorang bangun
awal untuk pack barang dan breakfast. Yang best guest house kitorang sebab ada
washing machine & dapur so memang rasa macam rumah sendiri. Nak sidai baju
tak cukup hanger pun boleh aci pinjam tuan rumah punya :B
Sebenarnya tuan rumah pun tinggal sekali dalam rumah tu. Kitorang
terkejut beruk jugak bila tau. Yelah, first time guna Airbnb, biasa book guna
Agoda, Booking.com je so tak terfikir la pasal tuan rumah ni. Tapi tak terasa
pun macam dia ada sebenarnya sebab bila pagi kitorang bangun dia dah pergi
kerja dah, malam kitorang balik dia dah tidur. So hari terakhir yang kitorang
nak check out tu baru dapat jumpa dia.
|
Our tuan rumah, Tony. |
Dah settle check out,
kitorang terus ke Gajwa Station untuk ke Seodaemun Prison. Tapi sebelum tu,
kitorang singgah dulu kat Seoul Station untuk simpan backpack. By the time
kitorang sampai semua locker storage dah penuh. Bayangkan la gelabah dia kan,
masa tu dah fikir takkan la nak angkut backpack ni pergi merata rata dah la
berat. Aku dengan Sue split sebab nak cari locker storage area lain. Nasib
baikla information counter diorang very helpful and alhamdulillah dapat jugak
locker sorang satu. Ni locker kecik je ngam ngam soi muat satu backpack
₩2000.
Dari pembacaan kitorang sebelum mai sini, locker storage tu ada
kat Seoul Station je. Sekali rupanya dekat next station pun ada. Cis penat je
gelabah tadi. Kiranya kalau memang dah takde sangat kat Seoul Station, tourist
still ada option lain untuk simpan backpack diorang. Tapi.....aku dah lupa
exact station yang ada locker storage tu (sorry!) so please do own research on
this ye.
From Gajwa
Station, take train to Dongnimmun, Line 3. Take Exit 5 then follow direction to
Seodaemun Prison.
Soedamun Prison is THE BEST PLACE WE VISIT AT SEOUL! Walaupun jarang orang sebut muzium ni dalam itinerary or recommended places.
Kitorang tau pun sebab baca travel guide book kawan sekolah kitorang (Syafiq
Koriya) & asalnya nak pergi semata mata sebab ada bendera Korea besar gabak
untuk ambik gambar nanti *roll eyes*
|
In front of the entrance. |
Entrance fee for Soedamun Prison is
₩3000.
Penjara ni asalnya digunakan semasa zaman penjajahan Jepun untuk menghukum
aktivis Korea masa tu dan selepas tamat zaman colonial Jepun, penjara ni
disambung guna oleh kerajaan untuk memenjarakan pro-democracy activitist.
Sekarang, penjara ni telah dijadikan muzium sejarah untuk memperingati tragedi
zaman pra-kemerdekaan Korea. Muzium ni ialah salah satu cara untuk menyemat
rasa patriotik dalam kalangan rakyat. Ibu bapa pun datang sini bawak anak-anak
diorang, kiranya rasa cintakan negara tu memang disemat sejak kecik lagi.
Dalam muzium ni ada tunjuk bilik cell, jenis jenis
hukuman/interrogation yang bukan takat boleh menyedarkan rakyat diorang je,
dengan aku sekali tetibe rasa cintakan negara sebab tau nak merdeka tu tak
senang :(
|
The architecture model for this prison. This place is really big! |
|
One of the cell that they rebuild inside the prison. |
Walaupun bahagian dalam dia mengerikan, tapi luar muzium ni
cantik. Rasa macam dekat Europe pulak dengan bangunan batu-bata dan rumput
menghijau tu.
Lepas ke Seodamun Prison, kitorang ke Haechi Plaza di Gwanghwamun.
Ke sini semata-mata nak pakai hanbok free hehe. Banyak je tempat lain yang
offer sewa hanbok untuk bergambar, contohnya kat Changdeokgung Palace. Biasanya
satu jam dia caj
₩10 000.
|
say YAY to free hanbok! (just for photo tho, don't take it home okay) |
|
You can see the King Sejong the Great statue at the back. And not fat from there is the Gyeongbokgung Palace. |
|
This is the place that we get to wear hanbok for free :) |
Out of our knowledge, rupanya Gyeongbokgung Palace cuma walking
distance je dari Haechi Plaza ni so kitorang ke sana pulak untuk bergambar. Nak
kejar acara tukar guard tapi tak sempat. Dapat dengar bunyi je dari jauh :(
|
Gyeongbokgung Palace at the back |
|
Have you seen anything more awkward than this? lol |
Next destination, Itaewon Mosque. Satu-satunya masjid yang
terdapat di Seoul. Penganut agama Islam sangat minoriti di bumi Korea dan
walaupun cuma ada satu masjid je di Itaewon ni, bila kitorang tanya orang
(non-muslim) kat situ diorang pun taktau masjid ni kat mana. Sampaila kitorang
jumpa an Arab couple ni baru la dapat direction jalan nak ke masjid tu.
Take
train, stop at Itaewon Station, Line 6. Take Exit 3, walk 50m, turn right then
walk another 100m. Turn left then walk straight until find the entrance to the
mosque.
Lepas solat, kitorang ke Restoran Makan, an infamous halal korean
restaurant kat sini. Even waitress dia pun Malaysian student so cakap bahasa
Melayu je. Area masjid memang banyak restoran halal so kalau stay area Itaewon
senang nak cari makanan, tapi... stay area Itaewon mahal sikit lah :D
|
Ni la yang kitorang makan dekat restoran tu. Satu set bulgogi / stew dalam ₩10 000 |
Dekat restoran ni jugak baru kitorang dapat meet-up dengan
schoolmate kitorang yang dah 4 tahun belajar di Korea (finally). Rasa nak ketuk
Syafiq Koriya ni sebab kitorang dah last day kat Seoul baru dapat jumpa tapi
tak jadi marah sebab dari Uni dia nak ke Seoul jauh jugak sebenarnya. Dah siap
makan, kitorang ke Myeongdong, kali ni dengan tour guide, Syafiq.
|
Meet Syafiq Koriya. If you are planning to visit Korea, you should get his E-Book. It has been really helpful to us! |
Kali terakhir di Myeongdong
so kami buat last minute shopping dan try street food yang tak makan lagi the
previous day. Sebenarnya, untuk souvenir macam t-shirt, sudu, chopstick etc
lagi murah di Namdaemun Market. Tapi kitorang pun baru tau dari Syafiq and tak
sempat nak pergi sebab dah nak balik ke Busan. Dari Myeongdong, kami ke Seoul
Station untuk naik train ke Busan. Reminds me to the box-office movie, Train To
Busan. Alhamdulillah takde zombie :D
Hari ke-5, kami dah kembali di Busan, yay! Keep reading to know
our adventure next.
No comments:
Post a Comment